
biar kita kehilangan “sesuatu” kerana Allah SWT daripada kita kehilangan Allah SWT kerana “sesuatu”….

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya

ricecooker dicipta untuk memasak nasi,
kettle dicipta untuk memasak air,
kipas pula dicipta untuk memastikan anda x terlalu panas ketika musim panas,
setiap sesuatu dicipta dengan tujuan yang tersendiri,
manusia dicipta hanya untuk mengabdikan diri ( beribadah ) untuk Penciptanya,
jangan lupa tujuan kita diciptakan di muka bumi ini…
( قال تعالى : ( وما خلقت الجن و الإنس إلا ليعبدون
” tidaklah aku ciptakan seluruh jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (beribadat) kepadaKu “
#copypastefrom Mohd Fadzil Mohamad#

“jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.”
“jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja malas seperti gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah SWT akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya”

aurat lelaki sering diambil mudah„ tidak la seperti wanita…. tapi ingatlah…..
menutup aurat adalah perintah dari Allah S.W.T…..
#jomBERUBAHkepadaYANGlebihBAIK#

“Islam yang sampai kepada kita umpama air yang telah lama mengalir selama 1400 tahun„
jika air asalnya jernih, mengalir begitu lama menyusuri bukit-bukau, sudah pasti dicemari dengan kelodak apabila tiba di muara sungai, dan untuk membersihkannya semula memerlukan penapis,
demikian juga dengan “Islam”, untuk memahami Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah S.A.W memerlukan “penapis” yang bersih.. “penapis” itu ialah para ulama’ yang ikhlas mengajarkan ilmu… “
#YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat#

Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D Tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut…
“Kenapa sedap sangat ni mak masak?”
Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut …orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu

”Apabila Qarun besar diri dengan menyatakan segala kekayaan miliknya itu adalah hasil dari Ilmu milik dirinya sendiri,maka Allah membalas baginya dengan ditenggelamkan/ditelan oleh bumi.
Kenapa tidak Allah balas dengan lain-lain balasan,tetapi dibalas dengan balasan tadi?
Kerana orang yang Takabbur itu,Allah ingin mengingatkan mereka kepada asalnya kejadiannya - iaitu tanah.
Ditelan dek tanah,asal kejadiannya maka tiada lagi besar diri dan bangga dirinya.
Maka begitulah juga diri kita ketika mula berasa besar dan bangga akan diri -
cepat-cepatlah ‘tanam’kan diri kita sendiri ke dalam tempat asal kejadian kita,mengingat semula hinanya asal usul kita. Itulah penawar kepada Takabbur” -
[Lebih kurang makna Nasihat oleh Fadhilatus Syaikh Amr AlWardani]
#copypaste Muhammad Noorazam Bin Bahador#

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah”
#YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat#